Kepentingan IT Dalam Pertanian: Video : Memahami Sistem Fertigasi Pertanian

Video : Memahami Sistem Fertigasi Pertanian

Merupakan gabungan perkataan Fertigation dan irrigation ( Pembajaan dan Pengairan ) tanpa menggunakan tanah. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaeadah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis-jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman serta formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman yang digunakan dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya patogen daripada tanah seperti jangkitan penyakit akar seperti Pythnium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit kayu bakteria yang terdapat di bawah tanah. Sesuai dibuat di kawasan perumahan, permukaan tanah yang tidak subur dan permukaan berbatu.

KELEBIHAN KAEDAH FERTIGASI

Kaedah penanaman secara fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional iaitu:

  1. Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhannya. 
  2. Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindar masalah penyakit. 
  3. Mengatasi masalah tanah (tidak subur, perumah penyakit dan perosak). 
  4. Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi. 
  5. Tiada masalah merumpai – jika lantai simen atau ditutup dengan plastik sepenuhnya. 
  6. Kualiti hasil yang lebih baik – rasa, struktur dan ketahanan simpanan. 
  7. Penggunaan baja yang cekap – mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%. 
  8. Mengurangkan penggunaan racun ke atas tanaman terutamanyajika jejaring kalis serangga digunapakai. 
  9. Hasil lebih tinggi (boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda )

No comments:

Post a Comment

Copyright © Kepentingan IT Dalam Pertanian Urang-kurai