Alat Pengesan Racun Biosensor
Tahap kandungan racun yang berlebihan pada sayur-sayuran pasti mengundang kesan negatif serta memudaratkan kesihatan pengguna serta petani yang menanamnya.
Masalah kandungan racun berlebihan ini berlaku kerana penanam sayur menggunakannya pada kadar yang melebihi daripada had yang selamat digunakan.
Pastinya, racun berlebihan itu pada hakikatnya akan membawa mudarat kepada penanam sayur itu, lebih-lebih lagi kepada pengguna yang memakannya.
Melihat kepada senario tersebut, seorang penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya menghasilkan sebuah alat pengesan racun serangga biologikal gentian optik mudah alih.
Ia telah direka khusus mengesan tahap kandungan racun pada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Alat tersebut dicipta bagi membantu mengesan kandungan racun serangga dengan cara yang cukup mudah.
Inovasi itu direka berdasarkan kepada kemajuan dalam bidang bioteknologi, elektronik dan gentian optik yang dapat digunakan dalam membuat pengukuran biologikal.
Alat inovasi itu menggabungkan dua aplikasi teknologi iaitu pengecaman molekular dan penguatan reaksi biokimia serta teknologi pengolahan isyarat cahaya melalui gentian optik dan pemprosesan data secara elektronik.
Antara kelebihannya ialah ia lebih murah, mudah digunakan dan mampu memberikan keputusan yang cepat dan tepat.
No comments:
Post a Comment