Kepentingan IT Dalam Pertanian: Cara Menanam Pokok Mangga

Cara Menanam Pokok Mangga

Bagaimana Menanam Mangga Daripada Biji Benih?


Buah mangga yang sudah masak
Menanam mangga bukanlah satu benda yang sangat sukar. Secara puratnya, ramai orang di Malaysia ini menanam mangga di depan rumah mereka. Saya sendiri pernah menanam mangga didepan rumah (Baru pindah rumah baru, so mangga lama sedekah dekat owner rumah lama).
Mengapa ramai orang di Malaysia ini menanam mangga adalah disebabkan ianya mudah ditanam dan dijaga. Pada iklim yang betul, mangga boleh membesar tanpa kita meletakkan sebarang usaha dan perhatian langsung! – Dan berita baiknya, iklim di Malaysia adalah sangat sesuai.
Mangga datang dalam pelbagai warna dan saiz, dan setiap satu mempunyai rasa yang berbeza, dan mereka mempunyai masa untuk buah masak yang sedikit berbeza.
Membesarkan mangga yang jenis berbeza akan membuatkan tempat tanaman anda menarik dan pastinya ia akan memanjangkan masa matang uagar anda boleh makan mangga sepanjang masa!

Pokok Mangga Rupa Dia Macam Mana?

MangoTree
Contoh pokok mangga
Kita jawab soalan paling basic dulu. Takut ramai yang tak tahu pun rupa pokok mangga macam mana #EpicFail (ahaha awkward). Pokok mangga adalah sangat menarik, mempunyai daun yang bewarna malar hijau dan berkilat. Pucuk baru akan bewarna kemerah-merahan dan yang matang pula adalah bewarna hijau pekat.
Bergantung kepada kepada jenis pokok mangga yang anda tanam, ia boleh membesar sehingga 35 m tinggi. Tapi anda boleh mengawal ketinggian pokok dengan memangkas bahagian yang tinggi tue.
Pokok mangga yang berbunga  adalah sangat cantik untuk dilihat. Biji-biji yang terdapat pada hujung pangkal pokok membuatkan pokok mangga kelihatan lebih menarik! Indahnya ciptaan tuhan.

Dimana Boleh Kita Tanam Pokok Mangga?

Unknown-2
Bunga Pokok Mangga
Pokok Mangga sememangnya adalah pokok tropikal. Mereka sangat gemar iklim Khatulistiwa. dan cuba anda teka Malaysia ni iklim apa? Yezza, KHATULISTIWA. Jadi, Malaysia sememangnya merupakan tempat yang sangat sesuai untuk pokok mangga ini membesar.
Pokok mannga memerlukan tanah yang mempunyai aliran udara dan air yang sesuai, dan juga  pengcahayaan yang cukup banyak. Tidak seperti pokok lain, pokok mangga sememangnya senang dijaga.

Memulakan Tanaman Pokok Mangga Anda

Terdapat dua cara untuk anda mulakan:
  1. Anda boleh beli pokok mangga yang sudah besar di nuseri atau..
  2. Anda boleh tanam daripada biji benih (Memakan masa yang sangat lama untuk berbuah)
Pokok mangga yang ditanam di nuseri selalunya telah dicantumkan (Gabung dua atau lebih spesis berbeza) dan sepatutnya akan menghasilkan buah dalam tiga hingga empat tahun. Pokok mangga yang ditanam daripada biji benih pula akan mengambil masa dari lima hingga lapan tahun untuk membesar.
Pokok mangga daripada biji benih akan menjadi lebih besar dan mempunyai akar yang lebih kuat.
Pokok mangga yang telah dicantum pula akan mempunyai sais yang lebih senang dijaga dan juga anda akan lebih percaya kemampuan pokok untuk membesar. Jika anda tanam dari biji benih, anda perlu tahu pokok mangga jenis apa yang anda tanam, jika tidak, anda hanya akan tahu 8 tahun kemudia, haha.

Jika anda membeli daripada  nuseri 

Pertama, saya galakkan anda jangan pilih pokok berdasarkan sais atau warna. Terdapat pokok mangga yang mempunyai rasa yang teruk, terdapat juga pokok mangga yang dibesarkan untuk tujuan hiasan, cantik, tetapi rasa buah yang urghhh. Jadi pilih yang sedap untuk dimakan!
Kedua, jika anda ingin membeli lebih daripada satu pokok, kenal pasti sama ada pokok mangga tersebut adalah jenis yang lambat berbuah atau tidak. JANGAN beli kesemua pokok yang berbuah pada masa yang sama, nanti menyesal tak sudah.
Ketiga, jika anda tinggal di kawasan yang kerap hujan,  pastikan anda mencari pokok mangga yang mempunyai daya tahan daripada penyakit pokok mangga yang dipanggil “ Anthracnose”. Saya akan terangkan lagi nanti di bawah.
Nota: Jika anda pilih untuk membeli pokok mangga, anda boleh skip bahagian bawah ini

Jika anda menanam daripada biji benih

Membesarkan pokok mangga daripada benih sebanarnya adalah sangat mudah. Jika anda ambil daripada  mangga yang anda makan, kemudian keringkan dan buang keluar pun boleh besar.
Langkah paling penting adalah memilih biji benih anda! Jika anda membeli benih daripada sumber yang tidak sah, anda mungkin  akan dapat biji benih jenis pelik-pelik. Biji benih perlu datang dari sumber “polyembryonic”
“Polyembryonic” bermaksud biji benih yang akan bercambah beberapa pokok yang serupa. Dan kesemua pokok yang bercambah ini adalah klon daripada pokok asalnya. Jadi pastikan pokok asal yang anda ambil benih itu adalah jenis yang sihat dan menghasilkan buah yang banyak.
Cara paling mudah untuk dapatkan benih adalah; Ambil satu mangga, makan mangga tu sampai licin, keringkan biji benih mangga tu untuk satu hingga dua hari.
Untuk mencambahkan biji benih, anda boleh tanam kesemua benih di tempat yang hangat dan lembap dan tunggu untuk ia bercambah. Kemudian potong kesemua anak benih kecuali yang paling kecil. (Orang kata paling kecil yanag akan berbuah paling baik).
Pokok mangga akan mengambil masa 10 hari bekerja untuk bercambah. Sabtu Ahad biji benih berehat. (10 hari je ye). Anda boleh tanam dulu benih didalam pasu kemudian, bila dah bercambah, anda boleh pindahkan ke luar.

Menanam Pokok Mangga

Anda tanam pokok anda seperti mana anda tanam pokok buah yang lain. Jadi saya tidak akan membincangkan dengan lebih detail cara tanaman. (nanti saya buat artikel tentang menanam buah-buahan).
Pastikan anda tanam pokok mangga anda ditempat yang mempunyai cahaya matahari yang banyak. Pokok mangga anda hendaklah boleh menerima cahaya matahari yang banyak, jika sebeum ini pokok mangga anda ditanam di tempat yang teduh, anda ingin dedahkan pokok mangga anda ke cahaya matahari yang banyak sedikit demi sedkit dahulu.
Gali lubang yang cukup besar. Berhati hati ketika memindahkan pokok mangga dari pasu ke tanah dengan tidak memotong akar-akarnya. Tanam kemudian siram dengan air yang banyak.

Menjaga Pokok Mangga

Seperti yang saya terangkan di atas, pokok mangga memerlukan penjagaan yang sedikit sahaja.
Pokok mangga yang baru ditanam sememangnya akan mendapat manfaat jika disiram dan diberikan baja selalu sehingga ia cukup besar. Tapi jangan terlalu sayang seperti Romeo dan Juliet ya.
Terlebih siram air boleh membunuh, lebih-lebih lagi jika tanah anda berat. Dan terlalu banyak baja Nitrogen akan membuatkan pokok anda lemah, terlalu banyak daun dan sedikit sahaja buah.
Semakin besar pokok mangga anda, semakin sedikit Nitrogen yang ia perlukan. Lebihkan Phosporus ataupun Potassium. Tidak apa, saya akan beritahu bagaimana untuk memabaja dengan betul di bawah.

Bancuhan Baja Foliar Agrogen Super Grow Untuk Pokok Mangga

Cara paling mudah adalah untuk membaja sebulan sekali. Paling mudah adalah dengan membaja pokok mangga anda dengan baja yang kami telah sediakan.
Campuran unsur mineral yang lengkap baja ini membuatkan buah-buahan tumbuh dengan sihat dalam masa yang singkat.
>>Sukatan Untuk Pokok Mangga (1 hingga 3 Pokok)
Bancuhan : 50ml Baja Merah + 18 Liter Air
Masa Siraman: Setiap 15~30 hari sekali
>>Sukatan Untuk Pokok Mangga ( 10 hingga 15 Pokok)
Bancuhan : 200ml Baja Merah + 18 Liter Air
Masa Siraman: Setiap 15~30 hari sekali
CARA MEMBANCUH :
1. Pastikan anda menggunakan bekas yang bersih (Bebas dari kesan bahan kimia / racun serangga lain).
2. Dengan mengikut sukatan yang betul, campurkan air dengan baja foliar Agro Gen Super Grow
3. Dengan menggunakan penyembur, hand-trigger units atau knapsack sprayers, laraskan penyembur untuk memancarkan semburan sehalus yang mungkin.
4. Semburkan tepat pada bunga ketika tempoh kritikal atau disarankan pada musim kemarau atau suhu yang tinggi.
5. Menyembur mengikut kekerapan yang telah ditetapkan di dalam jadual.
6. Lihat hasil yang mekar selepas 1~1.5 Bulan

Memangkas Pokok Mangga Anda


Memotong tangkai yang terlebih besar
Pokok mangga memberi respon yang sangat positif jika dipangkas. Mereka ini cukup memaafkan. Jika dipotong, akan tumbuh semula. Anda terer atau tak dalam memangkas, tak perlu anda risau.
Pokok mangga menghasilkan bunga di panggal dahan, jadi, lebih banyak dahan yang anda ada, lagi bagus tanaman mangga anda. Anda boleh memangkas dahan-dahan ditengah pokok supaya cahaya dan udara senang untuk lalu.
Anda juga boleh memangkas untuk memastikan sais pokok mangga anda terlalu besar. Macam saya dulu, pokok mangga saya membesar sampai masuk ke kawasan rumah jiran saya. Apa lagi, kasi potong itu mangga.
Memangkas tidaklah susah seperti menjawab soalan matematik, malah, kebun-kebun yang besar mempunyai satu mesin memotong dahan sekali harung je. Mesin tersebut akan lalu sebelah pokok dan potong dahan-dahan sehingga semua pokok mempunyai saiz yang sama.
Walaupun begitu, jika anda tidak kisah mempunyai pokok mangga yang sangat besar, ANDA TIDAK PERLU PANGKAS. Pokok mangga anda boleh menghasilkan buah dengan baik tanpa memangkas!!

Pembungaan, Pembuahan dan Mengutip Hasil Pokok Mangga Anda

Pokok mangga mempunyai banyak bunga dan boleh mendebungakan dengan diri sendiri. Prosess pembungaan  ini selalunya dicetuskan pada waktu malam yang sangat sejuk. Maksud saya sangat sejuk adalah sekitar 15℃-22℃.
MangoImmatureFruits
Buah mangga yang sedang membesar
Pada mulanya, anda mungkin akan melihat banyak mangga kecil di penghujung dahan, tetapi, pokok mangga anda akan menggugurkan kebanyakan daripadanya dan hanya akan menyimpan berapa banya yang ia boleh simpan. So jangan risau jika anda lihat banyak yang jatuh.
Mangga-mangga yang kecil ini akan akan menjadi lebih besar dan lebih tembam, dan lama-kelamaan ia akan membesar dan mula berubah warna. Berapa lama masa ia adalah bergantung kepada penjagaan anda. Semakin panas cuaca,semakin cepat buah mangga masak.
Jika buah mangga anda selalu dimakan oleh binatang seperti tupai, burung liar atau mereka yang panjang tangan, and boleh kutip mangga anda kitika ia bewarna hijau. Ia akan masak dalam suhu bilik (18℃-24℃), bukan suhu bilik beraircond ya!
Berhati-hati ketika mengutip buah mangga anda, pastikan getah daripada pokok mangga anda tidak terkena dengan kulit anda ktika anda mencabut buah mangga. Getah ini boleh menyebabkan  luka bakar dan alahan kepada kulit.
Ramai yang tidak tahu jika getah ini terkena buah mangga anda, lagi -lagi buah yang masih belum masak, ia akan menjadi busuk di bahagian yang terkena dengan getah itu.
Cara terbaik untuk mengutip hasil mangga adalah dengan memotong tangkai yang mempunyai buah tersebut, dan mencabut buah dengan berhati-hati.

Serangga Perosak Dan Penyakit Pokok Mangga

Penyakit paling bahaya untuk pokok mangga adalah anthracnose, sejenis fungi yang boleh menyebabkan bunga pada pokok mangga anda menjadi hitam dan akan gugur. Ia juga akan menyebabkan bintik-bintik hitam muncul pada dahan pokok dan pada buah mangga yang masih kecil menjadi coklat.
Hal ini menjadi lebih teruk jika kawasan anda selalu hujan. Melainkan anda sanggup menggunakan racun kulat atau cecair tembagai, anda terpaksa menerima kulat ini dan besabar dengan sedikit kerugian pada pokok.
Pokok yang sihat akan mempunyai dinding sel yang kuat dan mempunyai daya tahan lebih baik. Jadi, teruskan memakai baja kami untuk menggalakan pertumbuhan pokok yang kuat.
Untuk serangga perosak dan penyakit lain, anda perlu sentiasa memeriksa pokok anda dari masa ke semasa dan pastikan tanaman anda mempunyai serangga yang baik.
- See more at: http://www.akademiflora.com/cara-menanam-pokok-mangga-dari-a-z/#sthash.H7SB7uDs.dpuf

No comments:

Post a Comment

Copyright © Kepentingan IT Dalam Pertanian Urang-kurai